Thursday, December 10, 2009

Al Aqsa

Al Aqsa

Masjid yang hampir dilupai

Bumi Palestin adalah tanah suci yang perlu dipertahankan oleh umat islam seluruh dunia kerana di situlah terletaknya Masjid Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam, tempat persingahan Rasulullah saw sebelum dimikrajkan ke langit dan merupakan bumi yang diberkati oleh Allah sebagaiman firmannya yang bermaksud: “Maha Suci Dia (Tuhan) yang memperjalankan hamba Nya suatu malam dari Masjid Haram (di mekah) ke Masjid Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya petanda-petanda Kami. Bahawa Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat”.

Bumi Palestin adalah hak milik umat Islam. Tidak adapun perjanjian yang dapat menggugurkan hak tersebut. Namun, sekarang bumi yang suci itu telah dinodai dan berada dalam genggaman Yahudi. Umat Palestin dinafikan hak mereka. Mereka kekurangan daripada semua sudut. Mereka berlawan dan menghadapi sendirian pihak rejim Zionis yang mendapat sokongan negara Barat yang diketuai oleh Amerika. Penindasan demi penindasan dilakukan oleh Yahudi, kezaliman terus bermaharajalela, sikap kebinatangan Yahudi makin terserlah dengan pembunuhan demi pembunuhan berlaku.

Tidak cukup pembuhuhan Dir Yasin (9 April 1948) yang mengakibatkan 250 orang gugur syahid, pembunuhan di Khan Yunus (12 Oktober 1956) yang mengakibatkan 60 orang syahid, pembunuhan beramai-ramai di Shabra & Shatila (16 Disember 1982) yang menggugurkan lebih 2,000 orang syahid, pembuhuhan di Qana (18 April 1996) yang mengakibatkan 60 orang syahid, pembunuhan di Masjid Ibrahimi (26 Februari 1997)yang menggugurkan 42 orang syahid, kini siri keganasan dan pembunuhan Yahudi Zionis diteruskan lagi.

Umat Islam Palestin pula telah dihalang oleh tentera rejim Zionis daripada menghadiri solat Jumaat di Masjid suci Al-Aqsa sudah enam bulan berturut-turut. Kesibukan dunia dalam membincangkan isu Lubnan, telah memberi kesempatan kepada rejim Yahudi membedil Gaza dan membunuh rakyat Palestin.

Agenda Yahudi di dalam meneruskan misi kezaliman merela ialah untuk meruntuhkan Al-Aqsa dengan membina Haikal (kuil) mereka dan melaksanakan cita-cita merela membentuk negara Yahudi yang dikenali dengan Israel Raya atau The Greatest Israel. Demi mencapai cita-cita tersebut, rejim Zionis telah membakar Masjid Al-Aqsa pada tahun 1969, menggali terowong di bawah Masjid Al-Aqsa untuk melemahkan strukturnya. Pada Mac 2001, 30 buah pertubuhan ekstrimis Yahudi telah bersepakat meletakkan batu asas penubuhan Haikal di kawasan Kubah Al Sakhra. Demi menegakkan Israel Raya, rejim Zionis terus menjajah.

Pembunuhan rakyat Lubnan antara siri penjajahan dan perluasan kuasa Zionis bagi membentuk Israek Kubra yang meliputi tanah umat Islam antara Sungai Nil di Mesir dan Sungai Furat di Iraq. Hingga kini 90% bumi Palestin Dijajah oleh Yahudi, 80% rakyat Palestin menjadi pelarian. Iraq telah pun jatuh ke tangan mereka. Namun umat Islam masih berdiam diri tanpa melakukan apa-apa tindakan untuk mempertahankan tanah milik umat Islam.

Musuh-musuh Islam terus bersepakat untuk memerangi umat Islam. Yahudi sama sekali tidak akan redha melainkan umat Islam mengikut agama dan kehendak mereka. Oleh itu, umat Islam wajib bersatu mempertahankan Baitul Maqdis. Jika Yahudi memiliki kitab Talmud sebagai motivasi, umat Islam mesti bangunkan jiwa mereka dengan Al Quran. Hanya itulah cara untuk memastikan umat Islam terbela.

Firman Allah yang bermaksud: “Telah dilaknati orang-orang telah kafir daripada Bani Israel melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Demikian disebabkan perbuatan mereka yang ingkar dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampaui”.




AL-AQSA TERUS DI CEROBOH

Pencerobohan baru yang dilakukan oleh Rejim Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya ialah menyempurnakan pengalian terowong yang baru di bawah pagar-pagar Masjid Al-Aqsa supaya dapat meruntuhkannnya.

Mudir Persatuan Al-Aqsa, Syeikh Farid Al-Haj Yahya menegaskan pihak penjajah Yahudi telah bekerja siang dan malam secara berterusan menggali terowong yang tersembunyi dari pandangan umum. Jabatan Arkeologi Israel telah menghulurkan bantuan dan telah berjaya membeli sebuah kedai kecil melalui perantaraan broker dengan harga USD60. Kedai tersebut terletak di jalan Al-Wadi berhadapan dengan Kedai Makan Al-Buraq berdekatan dengan dinding Al-Mubakka. Ia merupakan tempat persembunyian bagi menjalankan kerja-kerja mengali terowong dari dalamnya. Terowong tersebut digali dengan cepat apabila apabila saja kedai tersebut ditutup pintunya. Kerja-kerja pengalian tersebut masih berterusan bermula di Jalan Al-Wadi memanjang terus sahingga sampai ke pintu Masjid Al-Aqsa. Pengalian ini dilakukan di siang hari oleh Yahudi di samping mereka berjaga-jaga agar tidak terbongkar rahsia mereka.

Terowong yang digali oleh Yahudi tersebut bukan hanya satu bahkan terdapat banyak terowong digali dengan menggunakan cara yang sama. Terdapat pelbagai pertubuhan Yahudi yang membiayai penggalian tersebut dengan kerjasama kerajaan dan Jabatan Arkeologi Israel. Untuk memalingkan dan mengelirukan masyarakat antarabangsa dari membincangkan isu pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa, pihak Yahudi menimbulkan pelbagai isu lain agar mereka dapat meneruskan perancangan pencerobohan mereka tersebut.

Khalil At-Tafkajy pakar dalam isu Penempatan Penduduk dan merupakan Mudir Bahagian Pemetaan dalam Persatuan Pengajian Arab menegaskan: Sesungguhnya penjajah Yahudi sedang merancang untuk mendirikan bandar terowong di bawah Bandar Al-Quds yang dijajah. Pembinaan tersebut bertujuan untuk menguasainya dan mendirikan Kuil Yahudi di atas Masjid Al-Aqsa. Penjajah Yahudi telah berjaya membina terowong besar yang ketinggiannya sehingga 8 meter. Ia telah melemahkan struktur binaan Masjid Al-Aqsa. Sekarang Rejim Yahudi sedang membuat persediaan untuk membuka dan merasmikan terowong yang baru setelah perasmian terowong pertama pada tahun 1998m.

Rejim Yahudi Zionis mengambil kesempatan di atas keadaan masyarakat Palestin sekarang untuk menyiapkan kerja-kerja penggalian dan merealisasikan impian mereka. Apatah lagi satu kajian dikeluarkan kepada pihak Israel yang menyatakan bahawa Al-Quds adalah milik Yahudi semata-mata. Dengan itu, mereka menganggap amat penting menghapuskan kewujudan bangsa Arab di Al-Quds. Sekarang kita lihat, Rejim Zionis telah menyekat penduduk Al-Quds dan melarang mereka menambah dan memakmurkan Masjid Al-Aqsa. Mereka juga menghalau penduduk sekitarnya supaya meninggalkan rumah-rumah dan kedai-kedai mereka. Bandar Al-Quds juga sentiasa dikepung dan berada dalam sekatan.

Mengikut At-Taftajy: Yahudi terus meluaskan Bandar Al-Quds semenjak menjajahnya. Pada tahun 1967m keluasan Bandar Al-Quds hanya 6.5 meter persegi dan apabila ia dijajah dan dikuasai Yahudi keluasannya menjadi 72 meter persegi sekarang yang didiami oleh penduduk. Pihak Yahudi telah menguasai rumah-rumah di perkampungan orang Islam. Pihak Israel hari ini telah merampas lebih kurang 30% kawasan Bandar Al-Quds dan mendirikan 5 kawasan penempatan mereka. Di samping itu mereka juga telah membina 15 penempatan yang lain di kawasan subur yang bersesuaian untuk aktiviti pertanian. Sekarang ini mereka berusaha menghalau penduduk Bandar Al-Quds dengan cara mengenakan cukai yang tinggi yang diwajibkan ke atas mereka. Melalui pembinaan Tembok Pemisah, mereka berjaya menempatkan golongan Yahudi dengan kehidupan yang selesa di Bandar Al-Quds.

Usaha pihak Rejim Israel tidak terhenti setakat itu bahkan mengikut At-Taftajy di sana terdapat satu penyeliaan secara terus dari pihak atasan kerajaan haram Israel bagi mempercepatkan pelaksanaan Projek Israel di Bandar Al-Quds. Antara yang paling berbahaya ialah pertambahan bilangan Yahudi di Bandar Al-Quds iaitu lebih 88% berbanding bilangan orang Arab Palestin hanyalah 12% sahaja. Ini menunjukkkan Yahudi telah menguasai bandar tersebut bahkan setakat ini mereka telah menguasai 70 buah rumah di perkampungan Islam di mana bilangan penduduknya melebihi 24,000 orang. Perkembangan ini menuntut satu tindakan perlu di ambil oleh umat Islam seluruh dunia untuk menyekat sebarang pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa dan bandar sekitarnya.